Monday, September 30, 2013


Assalamualaikum...Salam Sejahtera... Salam Emas...

 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS dan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.
Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?
Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.
Peranan emas ketika harga emas menurun
Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fenomenabiasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.

 
Emas adalah kalis inflasi (inflation proof) dan mempunyai nilai tetap dan dikehendaki diserata dunia atau “International Trade Settlement” sebagai mata wang Abad ke 21 Masihi.
Wang kertas adalah tertakluk kepada inflasi dan spekulasi, dan nilai sering susut dari masa ke semasa.


Emas adalah terbukti sebagai suatu aset yang selamat semasa inflasi. Beberapa pelabur institusi yang terbesar di dunia melabur dalam emas secara besar-besaran.
Kesemua matawang adalah bergantung kepada kestabilan kerajaan. Ingat kembali kepada masa keruntuhan matawang Jepun serta German selepas perang dunia kedua dan juga matawang Iraq selepas pengambilan kuasa semula daripada Saddam Hussein. Apabila sesuatu kerajaan runtuh, matawangnya akan menjadi tidak bernilai. Hanya emas merupakan suatu bentuk wang yang sebenar.
Bank-bank pusat kerajaan menghasilkan wang tanpa sesuatu dengan cara mencetak lebih banyak duit kertas. Dalam krisis kewangan dunia 2008, kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia mengepam beratus-ratus bilion USD ke dalam sistem kewangan. Di Amerika Syarikat, presiden Bush menggelar kegiatan ini sebagai pakej stimulus ekonomi. Tetapi, dari manakah datangnya wang tersebut? Bukan dari mana-mana. Mereka cuma menghasilkan lebih banyak wang dan perbuatan ini menyebabkan penimbulan inflasi sebagai suatu kesan sampingan.
Apabila manusia mula cemas terhadap matawang yang kurang bernilai oleh kerana inflasi, ia menjadi sebab utama bagi mereka untuk kembali semula kepada emas, terutamanya dalam keadaan masa yang tidak menentu.
  • Tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.
  • Tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak 13%, harga emas pula naik sebanyak 23%.
  • Tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.
Nilai matawang USD telah merosot secara ternyata pada masa kini. Ini mengakibatkan dua kesan yang besar terhadap harga emas. Pertama sekali, kebanyakan emas dilombong luar daripada Amerika Syarikat dan kos perlombongan bukan dikira dalam USD. Jadi, lebih banyak matawang USD perlu dibelanjakan untuk melombong kuantiti emas yang sama dan oleh kerana itu harga emas perlu meningkat. Kedua, komoditi utama yang lain seperti minyak yang juga dihasilkan luar daripada Amerika Syarikat akan turut meningkat dalam harga.
Apabila harga minyak dan makanan meningkat, ia akan mengakibatkan penimbulan inflasi. Dalam situasi ini, inflasi akan menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak emas.

Pendek kata, harga emas telah meningkat pada masa yang baik dan juga pada masa yang menyusahkan. Emas juga meningkat pada masa inflasi tidak kira sama ada dalam ekonomi yang baik atau buruk.
Manakala Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.


10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.
                

1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480 lebih kurang 1 dinar=4.25g

2) BERnilai kerana ia logam.

3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.


8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.


9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/


10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.



 1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480 lebih kurang 1 dinar=4.25g
 2) BERnilai kerana ia logam.
 3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
 4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. 
 5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. 

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
 6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.
 7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.
 8) Keunikan ada pada umat Islam tetapi tidak digunakan
 9) Peningkatan purata harga emas setahun antara 20%-25%
10) Emas tidak boleh dimanipulasikan kerana ia barang berharga & sukar didapati. Ianya berbeza dengan wang kertas yang boleh dicetak sesukahati.
                                                               (sumber:Perunding Pelaburan Emas & Perak)
SEJARAH EMAS 
Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.
 Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher’s stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
Ketulenan Emas Dan Perak
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
Kedah, Kelantan, Trengganu Johor – guna duit emas
Penang & Melaka – The Straits Settlements
Duit emas 1767 (Al-Julus Kelantan/Khalifaturrahman)
Ufti, Bunga Mas, Kedah kepada Raja Siam 1700
Lembah Bujang Kedah Sri Vijaya abad ke 7
Mula di lombong – Sg Jelai, Ulu Tomok, Selatan Thai,Gunung Ledang, Johol & Gemencheh , Bau, Ranau & Lubuk Mandi.
S’jung Tanah Melayu 1839 – 1250 lb (465kg) dikeluarkan
Corak Melayu- daun sirih,pucuk daun,bunga
Corak China & India - Penghijrahan
Habuk Emas - perdagangan tukar barang
Kedah, Kelantan, Trengganu Johor – guna duit emas
Penang & Melaka – The Straits Settlements
Duit emas 1767 (Al-Julus Kelantan/Khalifaturrahman)
Ufti, Bunga Mas, Kedah kepada Raja Siam 1700
Lembah Bujang Kedah Sri Vijaya abad ke 7
Mula di lombong – Sg Jelai, Ulu Tomok, Selatan Thai,Gunung Ledang, Johol & Gemencheh , Bau, Ranau & Lubuk Mandi.
S’jung Tanah Melayu 1839 – 1250 lb (465kg) dikeluarkan
Corak Melayu- daun sirih,pucuk daun,bunga
Corak China & India - Penghijrahan
 Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut .

No comments:

Post a Comment