Pengertian Dinar Emas
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.
(rujukan:http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas)
Dinar Emas dan Dirham Perak
Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun.
Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
(rujukan:emasdinar.blogspot)
SIMPANAN DENGAN DINAR EMAS
Mengapa Perlu Menyimpan Dinar:
- - Dinar merupakan matawang sunah
- - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Dinar Emas 916
Terdapat tiga Dinar Emas (Gold Dinar 916) yang berada dipasaran, iaitu Dinar Kelantan (DK), Dinar Muslim (DM) dan Dinar Public (PD). Saiz yang berbeza-beza, begitu juga dengan harga premium dan spread yang berbeza-beza. Sedia maklum bahawa emas bukanlah barang kawalan, jadi setiap pengeluar bebas menetapkan harga jual/beli masing-masing.
Simpanan dalam bentuk dinar lebih menguntungkan.
Setiap orang yang bekerja dan mempunyai pendapatan sudah tentu akan mengambil sebahagian gaji untuk di simpan. Ada yang menyimpan di dalam bank, Unit Trust, ASB, ASW dan sebagainya. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda ialah tukarkan saving anda dengan Dinar Emas.
Nilai 1 dinar emas 4.25g sekarang adalah melebihi dari RM500, jadi ada yang beranggapan mereka kurang mampu untuk saving dengan dinar emas. Memang betul, mungkin ada yang mampu untuk saving RM500 sebulan dan ada yang kurang. Sebenarnya anda perlu buat mengikut kemahuan anda & bajet anda setiap bulan.
Saya cuba untuk menunjukkan jalannya. Jika kurang mampu dengan 1 dinar sebulan,mungkin anda boleh buat untuk 2 bulan simpanan untuk 1 dinar
Contoh: Harga 1 Dinar Muslim= RM545.00
Berapa saving bulanan anda:
RM100 x 12 = RM1200 setahun
RM200 x 12 = RM2400 setahun
RM300 x 12 = RM3600 setahun
Dengan saving sebanyak RM1200 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 2 keping 1 dinar. Saving RM2400 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 4 keping 1 dinar. Saving RM3600 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 6 keping 1 dinar.
Dengan saving sebanyak RM100 sebulan, dalam tempuh 3 tahun anda dapat mengumpulkan 6 keping 1 dinar. Saving sebanyak RM200 sebulan, 3 tahun lagi anda dapat mengumpul 12 keping 1 dinar. Saving sebanyak RM300 sebulan, sebanyak 18 keping dapat dikumpul.
Harga dinar emas berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa. Pengiraan diatas berdasarkan harga contoh di atas tu. Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Jika diambil purata kenaikan sebanyak 15% setahun, bermakna kenaikan nilai dinar emas anda 3 tahun akan datang ialah sebanyak 45%:
6 keping x RM545 = RM3270 x 45% = RM1471 - nilai semasa RM4741
12 keping x RM545 = RM6540 x 45% = RM2943 - nilai semasa RM9493
18 keping x RM545 = RM9810 x 45% = RM4415 - nilai semasa RM14224
Sumber:dinar916.blogspot.com/
1. Dinar Shari'i 999 4.50 gram
2. Dinar Emas Nabawi 999 4.50 gram
3. Dinar Logam Mulia 9999 4.25 gram
4. Dinar Logam Mulia 917 4.25 gram
5. Dinar PG 916 4.25 gram
6. Dinar GCP 999.9 4.25 gram
7. Dinar IMN 917 4.25 gram
8. Dinar Logam Mulia (versi IMN) 917 4.25 gram
9. Dinar Kulim 916 4.25 gram
10. Dinar Darul Khusus 916 4.25 gram
11. Dinar Darul Takzim 916 4.25 gram
12. Dinar Darul Ehsan 916 4.25 gram
13. Dinar Darul Makmur 916 4.25 gram
14. Dinar Muslim 916 4.25 gram
15. Dinar Restu 916 4.25 gram
16. Dinar Mariwasa 999 4.25 gram
17. Dinar Darul Ridzuan 999 4.25 gram
18. Dinar Emas Mekah 916 4.25 gram
19. Dinar Darul Aman 916 4.25 gram
20. Dinar Borneo 916, 999 4.40 gram
21. Dinar Taqwa 916 4.25 gram
22. Dinar Putra 916 4.25 gram
23. Dinar Wilayah 916 4.25 gram
24. Dinar Sireh 916 4.25 gram
25. Dinar WIN 916 4.25 gram
26. Dinar Rabbani 999 4.25 gram
27. Dinar Kelantan Laminate 916 4.25 gram
28. Dinar Islamic Mint (IGD) 916 4.25 gram
29. Dinar Royal Mint 916 4.25 gram
30. Dinar KGT 917 4.25 gram
31. Dinar IGD 916 4.25 gram
32. Dinar Terengganu 916 4.25 gram
33. Dinar J'Bright 999 4.25 gram
34. Dinar Mutiara 916 4.25 gram
35. Dinar Amsyiq 999 4.25 gram
36. Dinar Koperasi Belia Islam (KBI) 916 4.25 gram
37. Dinar Universiti Teknologi Petronas (UTP) 999 4.50 gram
38. Dinar Haqqani 999 4.25 gram
39. Dinar One Asia Gold 999 4.25 gram
40. Dinar Larian Sahara 917 4.25 gram
41. Dinar Jepun 917 4.25 gram
42. Dinar Ummah Hana Gold 917 4.25 gram
43. Dinar Arau 999 4.25 gram
44. Dinar Khalifah 999 4.25 gram
45. Dinar Aflah 999 4.25 gram
46. Dinar Teganu 916 4.25 gram
47. Dinar Khalifah 916 4.25 gram
48. Dinar Syifa GSR 917 4.25 gram
49. Dinar IMN 999 4.44 gram
50. Dinar Kesultanan Ternate 917 4.25 gram
51. Dinar Kesultanan Cirebon 917 4.25 gram
52. Dinar Perum Peruri 917 4.25 gram
53. Dinar Triplenine 999.9 4.25 gram
54. Dinar Amethyst 999.9 4.25 gram
No comments:
Post a Comment