BAGAIMANA Menyimpan


Mulakan menyimpan 1 gram/ 1 Dinar setiap 1 bulan dari sekarang!!

Jadi kita perlu pastikan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul.

Antaranya:

1) Beli bila ada wang
- Jangan gunakan duit perbelanjaan untuk membuat simpanan emas.SEBABNYA?..kehidupan seharian memerlukan wang fiat. gunakan wang simpanan yang betul2 tidak digunakan atau simpanan jangka masa panjang. Rancang dengan bijak..kena bezakan simpanan tetap, simpanan kecemasan dan simpanan perbelanjaan. Bagi yang berniaga gunakan keuntungan perniagaan untuk menyimpan dalam bentuk emas. 1gram @ 10gram @ 1 Dinar sebulan pun sudah memadai.

2) Beli dengan harga paling murah dipasaran
-selain kita boleh membeli emas di kedai2 emas ada juga syarikat2 lain yg menawarkan harga lebih rendah sikit dari harga pasaran emas tetapi biasanya ada syarat2 yg perlu dipatuhi. Namun terpulang samada anda ingin beli di kedai emas yg biasa atau  dgn syarikat yg menjual emas dgn harga murah asalkan matlamat  utk menyimpan emas bulanan terlaksana.

3) Beli Secara Konsistan
- Ramai yang tak sedar akan kelebihan simpanan emas..duit gaji, bonus, duit overtime dan lebihan pendapatan di salurkan kepada gajet2 terkini, pakaian yang branded2, beg dan kasut yang mahal, aksesori kenderaan dan sebagainya. .jadi buat perubahan pada diri dan ekonomi anda..Apakata tetapkan target atau cita-cita untuk membuat simpanan emas sikit demi sedikit setiap bulan..sebagai contoh bermula 1 gram atau 1 dinar sebulan. ikut kemampuan dan keselesaan ekonomi.

4) Beli Demi Masa Hadapan
- Kebanyakkan orang sekarang..simpan duit dlm ASB, Insurans, Tabung Pendidikan demi masa depan untuk anak-anak. bila anak meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran dah ada duit simpanan..PERSOALANNYA adakah yuran atau taraf hidup anak-anak kita sama dengan hari ini?adakah yuran pengajian mereka 15 tahun akan datang masih sama seperti hari ini?
Tetapkan target simpanan setiap anak anda.Contohnya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti.Kiraannya begini:
Umur anak sekarang : 3 tahun
18- 3 = 15 tahun
150g / 15 tahun = 10g setahun
Jadi,untuk capai target tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut.Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.

Anda juga boleh rancang simpanan emas untuk pendidikan anak anda.Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalam RM30k,maybe menyimpan 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.Harga 100g emas 24 sekarang RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari.Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu,harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.

2. Simpan 100g atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.
3.Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.
4.Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran. Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.

 5) Beli dengan ILMU
- Ramai yang terpedaya sendikit emas palsu..ramai berpusu-pusu membeli emas tanpa usul periksa. dari mana datangnya emas?dengan siapa berurusan?tiada pengesahan ketulenan?tiada sijil?dari pihak ketiga?..Oleh itu jangan terpedaya dengan janji-janji manis seseorang yang anda belum kenal..Faham dulu konsep simpanan emas. buatlah kajian dan penelitian melalui sumber-sumber yang sah supaya anda tidak tertipu..INGAT! EMAS TIDAK BOLEH MEMBUATKAN ANDA KAYA DENGAN SERTA MERTA TETAPI IA BOLEH MENGELAKKAN ANDA DARI TERUS MISKIN..fikir-fikirkanlah!

Bermulalah sekarang,walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram!





No comments:

Post a Comment